Cara Bersihkan Dinding Contengan Anak

Cara Bersihkan Dinding Contengan Anak

Bila si cilik dah pandai menulis,melukis mesti ada ja teletah mereka yang kita sendiri tak jangka. Tak cukup dengan kertas,mereka cari ruang yang lebih besar.

Tambah lagi kalau dapat conteng dinding rumah,dinding bilik. Seronok tahap bintang la diorang. Berpinar mata kita tengok lukisan mural versi anak-anak.

Ada orang gunakan cuka,mayonis,soda bikarbonat untuk hilangkan contengan di dinding. Tapi nak lagi mudah,gunakan ja pencuci serbaguna Basic H macam akak kat bawah ni.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 37 : SHARIFAH ALHABSYIE

BASIC H MUDAHKAN TUGAS IBU HAPUSKAN CONTENGAN DI DINDING

Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee.

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut. Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan. Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Leave a Reply

Open chat