Jantung

Jantung

Penjagaan jantung adalah sangat penting untuk kesihatan manusia. Bayangkan, jantung kita telah bekerja keras untuk badan kita sejak kita dalam kandungan ibu lagi dan tak pernah berhenti bekerja untuk kita sampai la akhir hayat kita. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi adalah antara punca yang boleh menyebabkan sakit jantung dan juga strok.

Tanda Tanda Sakit Jantung

Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

  1. Lidah terasa tegang dan pendek.
  2. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  3. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  4. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  5. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
  6. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  7. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  8. Rasa keletihan sepanjang masa.
  9. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  10. Degupan jantung tidak menentu.
  11. Nafas terasa pendek.
  12. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  13. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  14. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk

Jom tengok macam mana kita boleh jaga kesihatan jantung kita

1. Kekalkan berat badan yang seimbang.
Berat badan yang sihat mempunyai indeks jisim tubuh antara 18 ke 24.

2. Kekalkan bacaan yang normal bagi tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah.
Kolestrol yang tinggi, penyakit darah tinggi dan diabetes boleh membawa kepada penyakit jantung.

3. Amalkan diet yang baik untuk jantung.
Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol. Kurangkan makanan bergoreng. Kurangkan pengambilan garam dan gula. Makan buahan dan sayuran kerana ia menganudngi vitamin, serat dan fitokimia yang baik untuk jantung.

4. Kekal aktif secara fizikal.
Bersenam sekurangnya 3kali seminggu. lakukan aktiviti senaman yang anda suka

5. Pengurusan stress yang baik.
stress yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi, kolestrol dan diabetes yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit jantung.

Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Kesihatan Jantung dan Saluran Darah

1) Phytocol ST – Mencegah Sakit Jantung
Phytococl St dapat bertindak menghalang kolestrol daripada makanan harian dari memasuki salur darah. Apabila salur darah bebas daripada mendapan kolestrol, maka risiko salur darah (arteri) tersumbat dan risiko sakit jantung menjadi semakin rendah.

2) Omega Guard – Menurunkan Risiko Sakit Jantung
Omega Guard bertindak menurunkan paras LDL (kolestrol jahat yang menjadi punca utama sakit jantung) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolestrol baik) secara semulajadi.
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan laut dalam (jauh daripada pencemaran) paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk mencegah penyakit jantung.

3) CoQ Health – Menguatkan Jantung
CoQ Health bertindak membekalkan enzim CoQ yang amat diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Tanpa enzim CoQ yang cukup, jantung menjadi lemah dan mudah diserang penyakit jantung.

4) Vivix – Melindungi Jantung
Vivix bertindak melindungi sel jantung daripada penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah dan fungsi jantung yang sihat, sekaligus mengelakkan penyakit jantung. Vivix yang mengandungi resveratrol membolehkan baikpulih kesihatan dilakukan sehingga ke peringkat selular (sel DNA).

Sebab itulah Set Kesihatan Jantung ni sangat penting diamalkan oleh mereka yang mempunyai risiko mendapat penyakit jantung terutamanya yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengidap masalah jantung. Selain daripada itu, individu yang sebelum ini yang tidak mengamalkan pemakanan serta cara hidup sihat sangat disyorkan untuk mengambilnya sebagai langkah pencegahan, apatah lagi andai sedang mengidap penyakit jantung.

Lebih baik tindakan awal diambil bagi mencegah penyakit jantung ni, sebabnya, sekali kene serang, risiko untuk mendapat serangan seterusnya adalah lebih tinggi dan yang paling ingin dielakkan adalah serangan maut penyakit jantung. Cegah sebelum terlambat!

Leave a Reply

Open chat