Krim Steroid Punca Bayi Muka Bulat

Krim Steroid Punca Bayi Muka Bulat

Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini naik mendadak dan mukanya bulat seperti bulan!

Mungkin ibu ibu sangka ia satu perkara yang normal. Pertanyaan lanjut mendapati neneknya ada menggunakan krim steroid untuk masalah ruam lampin sejak 2 bulan lalu. Krim di sapu untuk 5-8 kali setiap hari!

Krim yang mengandungi steroid ini meresap dari permukaan kulit masuk ke dalam peredaran darah dan menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome.

Berhati hati ya, penggunaan berterusan melebihi 7 hari krim steroid perlu ada pemantauan doktor. Krim perlu di sapu mengikut arahan dan hanya di sapu lapisan nipis sahaja.

Rujukan

Alkhuder L, Mawlawi H. Infantile Iatrogenic Cushing Syndrome due to Topical Steroids. Case Rep Pediatr. 2019;2019:2652961. Published 2019 Dec 2. doi:10.1155/2019/2652961

Leave a Reply

Open chat