Nak Berjaya Kena Hadap Ujian

Nak Berjaya Kena Hadap Ujian

NAK BERJAYA BOLEH KE PILIH-PILIH UJIAN?

Bila cakap bab nak berjaya, jadi kaya banyak harta. Semua orang nak. Ke ada yang taknak jadi jutawan?

Para sahabat Nabi saw dulu kala pun berlumba-lumba nak jadi kaya. Malah ada sahabat nabi saw bertaraf jutawan

Contoh macam Abdulrahman bin Auf r.a. Beliau pun berniaga di pasar dan jual unta

Dalam dunia shaklee. Semua tau once kau dah jadi Master Coordinator. Kau dah jadi kaya. Kaki kau dah selangkah ke level jutawan

Orang duk cakap kat kita “Bestnya jadi macam hang. Duit banyak. Boleh travel sana sini. Bagi duit kat mak ayah banyak. Boleh beli rumah tanah. Aku pun nak jadi macam hang. Aku nak follow hang”

Tapi hakikatnya tu cuma sekadar ucapan di bibir saja. Bukan lahir dari hati. Diorang tak berani pun nak sahut cabaran dan redah ujian macam kami buat

Diorang hanya nak ikut tang part JADI KAYA DAN BANYAK DUIT

Tapi diorang taknak ikut tang part apa usaha yang kami dah laburkan

Apa yang kami buat sampai boleh duk pada tahap sekarang?

Apa yang kami dah korbankan?

Kalau kami kata nak jadi Master 4 tahun lepas kami korbankan waktu tido. Sehari hanya tido 2-3jam waktu malam

Korbankan tengok drama 7 petang. Tv tu dah boleh letak kat muzium sebab tak terusik

Korbankan enjoy dan banyak masa dengan family ditarik untuk buat bisnes

Segunung air mata kami tumpah sebab rasa susahnya nak daki gunung kejayaan tanpa give up

10 tempayan keringat kami curah untuk capai tahap sekarang

Korang rasa nak follow tak?

Ada masalah besar macamana pun, kami takkan sesekali tutup kedai !

Korang? Bergaduh dengan suami sikit, seminggu kedai sepi. 100x bergaduh, 100x tutup kedai

Kami sakit. Terlantar atas katil. Kedai tetap dibuka macam biasa. Bukan susah pun..sambil baring sambil menaip

Korang? Demam sikit dah bagi alasan tak boleh fokus bisnes. Penat. Letih

Alasan-alasan berbakul ni la yang merencatkan kejayaan korang dalam bisnes. Korang lebih memandang kepada excuses . Patutnya korang cari solution 😪

Ramai orang kagum dengan Dato’ Vida. Nak jadi kaya macam dia. Tapi hakikatnya sanggup ke kita lalui liku-liku hidup macam dia?

Kawen cerai 3x? Anak-anak meninggal dalam kebakaran?

Kita hanya memandang pada apa nikmat yang dia dah dapat tapi lupa nak melihat pada apa ujian, cabaran dan tindakan yang dia dah buat

Nak berjaya dalam hidup. Kita mesti berani terima segala bentuk ujian dan cabaran yang Allah dah bagi

Kita tak boleh pilih nak terima cabaran yang kita suka dan kena dengan selera dengan tekak kita ja

Kita tak berhak memilih sebab kita hamba

Tapi Allah swt berhak bagi kejayaan dan kekayaan kepada siapa yang Dia nak dan Dia rasa layak 😊😊

SELAMAT PAGI OGOS ! Mulakan semangat baru. Azam baru. Niat baru. Target baru. Strategi baru. Semoga Allah swt bantu semua. Ameeen

Klik #share jika rasa sharing ini bermanfaat buat online seller lain

#BicaraKakFana
#DAE

kredit : Master Farhana

Leave a Reply

Open chat