Perspektif Melihat Kejayaan

Perspektif Melihat Kejayaan

Perspektif Kita Melihat Kejayaan Orang Lain Mencerminkan Stamina Kita Dalam Meneruskan Kehidupan

Dulu-dulu zaman darah muda, setiap kali melihat orang yg berjaya, saya suka cari “apa quick answer” apa satu benda yg mereka lakukan. Nak tahu apa yg saya jumpa?
– “Oh, orang ni buat macam tu, patut lah”
– “Oh, orang ni buat macam ni, memang lah”
– “Dida boleh lah. aku laiiiin”
Yup, bila kita melihat kejayaan orang lain dengan mencari-cari apa “short-cut”, kita akan jadi makin on denial mode. hingga akhirnya prestasi bisnes sendiri yg makin stuck. worst, makin stuck kita jadi makin denial mode; makin tak menerima cadangan yg kita rasa “tak sesuai”. walhal sepatutnya, kita yg kena sesuaikan diri.

bila dah makin matang ni, saya makin sedar, setiap kejayaan short-cut yg kita nampak pada orang lain, sentiasa ada “long-cut” yg mereka lalui disebaliknya.

Sebagai contoh, Usain Bolt. pelari terpantas di dunia ini. Antara jutawan sukan yg paling berjaya di dunia. Berapa lama dia habiskan masa untuk berlari? cuma 115 saat saja. tapi berapa lama yg dia habiskan untuk berlatih sampai menang olimpik? 20 tahun. Ya, DUA PULUH TAHUN buat benda sama. lari, lari lari.

Begitu jugalah dalam bisnes ni.

Memang mudah untuk kita lihat seseorang yg uprank dengan sisi pandang “dia boleh lah, banyak modal”, “dia takpe lah, muka hensem or cantik”, “untungnya dia ada leader yg fight”, “upline dia power, tak macam saya”, etc sampai kita lupa:

– kalau lah dia naik sebab modal saja, kenapa sekarang baru naik? selama ni dia miskin papa kedana ke? tak pun.
– kalau dia uprank sebab muka cantik, yg korg tak tahu berapa ratus org yg lagi cantik or hensem pun UV sama je kosong.
– memang betul mereka ada leader yg nak fight, tapi yg korg tak tahu berapa banyak lagi leader dia yg takmo fight pun.
– mungkin betul upline dia membantu (sebab tu lah korg stay dalam iReach kan? :P) tapi korg tahu berapa banyak lagi sideline dia yg punya upline sama pun takde apa2 progress?

Kalau korg cuma mencari “short-cut”, korg akan sentiasa akan dikecewakan. Sebab “instant success” yg kita nampak macam “tiba-tiba uprank” ni, sebenarnya hasil usaha gigih dia sekian lama yg kita tak tahu, tak nampak & tak diceritakan pun.

Kalau korg nak “overnight success” yg tak bertahan lama, teruskan lah carik “quick answer” atau “short cut” yg korg nak sangat dengar tu. Tapi kalau korg nakkan business yg long lasting, bersabarlah dalam berusaha dengan terus konsisten walaupun tak nampak lagi hasilnya macam mana.

Tuhan bagi kita power untuk berusaha.
useless lah kita kalau tak gunakan sepenuhnya.

Leave a Reply

Open chat