Risiko Jangkitan Covid19 Semasa Kehamilan

Risiko Jangkitan Covid19 Semasa Kehamilan

Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik, kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C-19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital, mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi berbanding wanita yang tidak hamil.

Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebarang jangkitan pada wanita hamil biasanya akan memberi implikasi lebih buruk.

Semasa tempoh kehamilan, rahim yang semakin membesar akan menghimpit otot pernafasan diafragma, hal ini akan mengurangkan keupayaan paru paru. Paru paru juga perlu bekerja keras lebih dari biasa dengan bekalan oksigen yang perlu dibahagikan antara ibu dan janin.

Selain itu, tempoh kehamilan adalah fasa imuniti tubuh rendah. Perkara ini terjadi supaya tubuh membenarkan perkembangan janin dalam rahim.

Berita baiknya adalah bahawa bayi kebanyakannya terhindar dari jangkitan pernafasan yang teruk. Sampel dari plasenta, tali pusat dan darah dari ibu dan bayi menunjukkan bahawa virus jarang menyeberang dari ibu ke bayi.

Namun jangkitan pada ibu menyebabkan risiko kelahiran pra matang. Hal ini menyebabkan bayi mempunyai pelbagai risiko komplikasi lain selain dari jangkitan C-19.

Tempoh pandemik adalah fasa yang cukup mencabar untuk semua masyarakat termasuk wanita hamil. Oleh itu, perlindungan berganda perlu diamalkan oleh wanita hamil dan ahli keluarga lain.

Sama sama kita doakan keselamatan ibu ibu hamil, besar sungguh pengorbanan mereka bertarung nyawa untuk membawa kehidupan baru insan lain.

FB public health

Leave a Reply

Open chat