Salah Faham Perbandingan Vitalea Shaklee Dengan Obimin

Salah Faham Perbandingan Vitalea Shaklee Dengan Obimin

Pagi-pagi lagi ada downline tanya pasal poster ni. Sebab macam ada yang kurang tepat katanya. Dan minta maklumkan pada pihak berkenan sebab ia boleh membawa misleading terhadap pembaca di media sosial.

Dapat jer message ni, Amir terus cek posting tersebut dan laporkan kepada Shaklee dan doktor tersebut. Menunggu reply dari mereka.

Berbalik pada gambar ni, apa yang Amir nak kongsikan ialah kedua-duanya adalah multivitamin dari jenama yang berbeza. 1 dari syarikat Shaklee dan 1 lagi yang KKM berikan secara percuma kepada ibu hamil.

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan terhadap 3 kandungan sahaja iaitu Zinc, Vitamin C dan Folate dimana gambar ini ditulis yang Vitamin C tiada dalam multivitamin Vita-lea.

Kalau kawan boleh zoom dengan lebih dekat lagi, sebenarnya kandungan Vitamin C tu ada. 60mg bagi setiap tablets. Saranan pengambilan Vita-lea ini ialah 2 tablet sehari (bersamaan 120mg). Kalau dilihat pada kandungan Vitamin C dalam Obimin Pluz ialah 100mg.

Persoalannya, adakah ia mencukupi?
Jika dilihat dari panduan kesihatan, keperluan badan kita hanya perlu 100mg hingga 2000 mg Vit C (max) sehari bergantung pada tahap kesihatan individu. Kalau ambil lebih, Vit C yang diambil tadi dibuang melalui urine kita kerana ia bersifat larut air. Membazir la kan?

Bagaimana pula dengan Zinc & Folate?
Memang ada beza dari segi kandungan kedua-dua produk ini sebab target pengguna yang berbeza.

Vita-Lea direka untuk supplemen harian untuk orang dewasa (18 tahun ke atas). Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral dalam setiap hidangan. Sama juga dengan Obimin yang direka khusus untuk ibu hamil. Yang tak hamil pun boleh ambil juga cuma kena follow berapa sukatan yang diperlukan.

Kelebihan Vita-Lea ini kerana Shaklee mengunakan teknologi Explo-Tab bagi memastikan bahawa tablet yang diambil mudah larut dalam badan kita kurang dari 30 minit. Dan ia dihasilkan dari bahan semula jadi dan selamat diambil untuk jaga masa panjang.

Lagipun, Vita-Lea ini telah dicipta sejak tahun 1915 (lebih 100 tahun usianya!) dan banyak kajian dilakukan dan ditambahbaik bagi memastikan bahawa ia selamat untuk badan kita.

Jika ditanya, mana satu yang baik? Bagi Amir, ianya terpulang pada indicidu masing-masing. Anda baca dan study sendiri kerana kedua-duanya adalah multivitamin.

Bezanya ialah 1 perlu dibayar, dan satu lagi percuma. Kalau dah dapat yang KKM bagi, seeloknya makan la sebab ia telah diberi subsidi. Bukannya percuma tanpa duit yer. Duit rakyat tu. Kalau tak nak ambil, bagitau elok-elok kat nurse atau doktor yang anda ada ambil supplemen lain. Insyaallah, depa pun ok sebenarnya.

Yang penting ialah jaga kesihatan badan dan kandungan. Itu jer yang doktor dan nurse risaukan.

kredit : Master Amir Marzhuki

One thought on “Salah Faham Perbandingan Vitalea Shaklee Dengan Obimin

Leave a Reply

Open chat