Cara Hilangkan Gastrik Teruk

Cara Hilangkan Gastrik Teruk

Salah makan atau terlewat dan tak ikut time makan pasti gastrik menyerang. Kalau gastrik menyerang sakit sampai tak boleh bergerak sehingga menunduk. Terbaring je sepanjang hari. Lagi teruk sampai muntah muntah dan tak tahan sangat sampai masuk emergency. Nampak macam gastrik tu biasa tapi bila datang teruk tak tahan tau. Apa cara hilangkan gastrik teruk ni ye?

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

  1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa
  4. Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  5. Rasa mual (loya) dan muntah
  6. Hilang selera makan
  7. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  1. Najis menjadi hitam seperti tar
  2. Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Cara Hilangkan Gastrik Teruk : Ubah Gaya Hidup Sihat

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

  1. Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  2. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  3. Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  4. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  5. Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  6. Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  7. Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  8. Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Info Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara Hilangkan Gastrik Teruk Dengan Set Gastrik Shaklee

ESP

Cara Hilangkan Gastrik Teruk

ESP bagus untuk gastrik. kenapa?

Asid amino dalam ESP membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik

ESP mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Sifat kealkalian yang tinggi jugak amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.

2. Alfalfa

Tahu? Tahu yang alfalfa mampu menghilangkan gastrik?

Bagaimana? Alfalfa ni fiber. Beri kesan pada penghadaman dengan elok. Ia juga bertindak menghalang angin dan pedih ulu hati.

3. Ostenutrix

1.Kaya dengan kalsium yang bersifat alkali.

2.Lembut pada perut.

3.Bantu meneutralkan asid di esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

Cara Hilangkan Gastrik Teruk : Pengalaman Pengguna Set Gastrik Shaklee

Ini adalah pengalaman mereka yang amalkan supplement gastrik Shaklee ini. Diingatkan ini adalah supplement bukan ubat untuk mengubati ye. Supplement ni membantu mengurangkan serangan atau bila kena serangan gastrik proses nak sembuh lebih cepat. Sekiranya gastrik anda terlalu teruk sila dapatkan nasihat doktor ye.

Cara Hilangkan Gastrik Teruk
Cara Hilangkan Gastrik Teruk
Cara Hilangkan Gastrik Teruk
Cara Hilangkan Gastrik Teruk
Cara Hilangkan Gastrik Teruk

Bagaimana nak Order Supplement Set Gastrik ni?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Punak Alam, Universiti Malaya

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/setgastrikshaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *